Dorayaki

doraemon, dorayaki

Doraemon makan dorayaki

 

Kepada peminat-peminat Doraemon, mesti tahu dorayaki,kan? Ia adalah makanan kegemaran Doraemon. Anda juga mesti teringin nak cuba kek jepun yang popular ini.

 

Dorayaki, doraemon

Dorayaki

 

Bahan-bahan untuk 10 biji:

  • 100 gm tepung kek / tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 60 gm gula halus
  • 2 sudu besar madu
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil esen vanila

Bahan-bahan untuk inti:

  • 1/3 kilo kacang merah
  • gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
  2. Masukkan madu, minyak  dan esen vanila. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak ke dalam campuran telur. kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar / cair jika adunan terlalu pekat.
  4. Panaskan non-stick pan dengan api kecil. Kalau tak ada, boleh guna periuk leper yang telah digriskan dengan minyak masak. Kemudian masukkan 1/4 cawan adunan. Buat bulatan bersaiz 4″.
  5. Masak sebelah bawah sehingga perang, masak sebalah atas pula hingga nampak masak. Ulang benda yang sama hingga habis.

Cara-cara buat inti:

  1. Rebus kacang merah hingga lembut (boleh tambah minyak masak sesudu nak bagi cepat lembut).
  2. Setelah lembut, masukkan gula sedikit demi sedikit mengikut citarasa anda. Kacau sentiasa supaya kacang tak hangus. Kacau sehingga kering.

Bila dah kering, bolehlah letakkan 1 sudu besar inti tadi di tengah antara dua keping dorayaki. Tekan sikit nak bagi rata.

 

Mille Crepe

mille crepe, sweet, chocolate

Mille Crepe

 

Bahan-bahan untuk 3 biji kek kecil:

  • 50 gm gula
  • 5 gm garam
  • 6 biji telur
  • 20 gm butter – cairkan
  • 200 gm tepung gandum
  • 500 ml susu segar
  • chocolate frosting secukupnya (boleh juga guna perisa lain).

Cara-cara:

  1. Campur butter dengan gula, garam dan masukkan telur satu per satu, kacau sebati.
  2. Masukkan tepung dan susu, kacau sebati.
  3. Tapis bancuhan tadi.
  4. Panaskan non-stick pan / kuali leper. Griskan dengan sedikit minyak / butter, dan masukkan satu sudu makan adunan tadi, ratakan nipis-nipis.
  5. Biarkan kekuningan, angkat.
  6. Letak satu lapis crepe, sapu sikit chocolate frosting di atasnya. Lepas itu tutup dengan satu crepe, sapu chocolate lagi. Ulang benda yang sama sampai habis.
  7. Salut keseluruhan kek dengan lebihan chocolate frosting tadi.
  8. Masukkan dalam peti ais. Bila dah sejuk, boleh makan.

Resepi Puding Karamel

puding karamel, sweet

Puding Karamel

 

Bahan-bahan:

  • 400 ml susu segar
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur (pada suhu bilik)
  • 2 biji telur kuning (pada suhu bilik)
  • 2-3 titik esen vanila

 

Bahan-bahan untuk karamel:

  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

 

Cara-cara:

Karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak atas api sederhana. Bila nampak perang sikit, masukkan lagi 1 sudu air. Masaklah sehingga perang kemudian tuang ke dalam loyang. Ketepikan. (Jangan biar lama atas api, nanti jadi hangus sampai hitam).

Puding:

  1. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil kacau, masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau perlahan-lahan hingga sebati. Kacau perlahan supaya tidak berbuih. Kalau berbuih, nanti puding jadi berlubang-lubang.
  2. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60’C. (Tak boleh terlebih).
  3. Dengan susu yang masih panas, masukkan sikit demi sikit ke dalam telur tadi. Kacau hingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  4. Tutup loyang dengan dua lapis aluminium foil / penutup periuk pun boleh. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
  5. Atau, bakar dalam oven. Tapi, perlulah diletakkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150’C.
  6. Bila dah masak, jangan buka aluminium foil. Biar 5 minit baru buka. Bila dah sejuk, simpan dalam peti ais.
  7. SIAP! Dah boleh makan.

 

p/s: Karamel juga boleh dimakan dengan pelbagai cara hidangan seperti kacang karamel, jagung karamel dan cornflakes karamel. Hanya saluti bahan-bahan yang disukai, dah boleh makan 🙂